Monday, August 24, 2009

MENGGULUT NISTA
(Buat seorang Wakil Rakyat pengkhianat)

Menyusur lurah curam
di kaki duri menusuk ke jantung hayat
racun menitis di kelopak dusta
gelodak berpusar di dasar kepuraan
hanyir menyirat ke nubari

santaplah semangkuk naluri hitam
dari kenduri nista
di persada kalbu songsang
terhimpun di usus durja dan sirna
menjadi hampas yang paling hina!

1 comment:

sahrunizam said...

Tahniah ustaz. Puisi yang hebat, tepat dan padat.