Monday, April 27, 2009



Jadi HAKIM lagi hari ini1!





10 minit ke jam 6 baru tiba di rumah. Perjalanan dari SK Gual To' Deh bukanlah jauh sangat, tapi penat menghakimi 19 peserta bercerita Bahasa Melayu peringkat PPD Pasir Mas cukup terasa.
(GAMBAR FOTO: ADIK AININA -Johan Bercerita Tahap 2)


Anak-anak Tahun 5 Unggul terpaksa tinggalkan kelas KAFA hari ini. Sian mereka. Semuanya tengah semangat menadah ilmu!


Terima kasih Kak Na (Pn Rohana Ibrahim) Pembantu Khas Kokurikulum PPD PM kerana menyediakan ruang memerah rasio minda ini.
Terkesima lagi bila dia pelawa untuk menghakimi pertandingan sam peringkat Negeri di SK Sri Suria (1) Tanah Merah, 3 Mei. Maaf Kak Na tak sempat jamah kudapan seusai pertandingan lewat petang td!!





**** Frust bila dapat tahu kena jadi fasi LDP Sabtu ni untuk slot portal eduwebtv. Sabtu kali ini kali keempat cuti hujung minggu yang tak dapat diistilah 'cuti' bagi diri ini. Ada saja agenda yang perlu dicanai.....

No comments: