Sunday, April 26, 2009

BERTUGAS DI MTQFNPN 2009

Semalam, 25 April, sedari pagi bersiap siaga ke SMK Tok Bachok. Melangsai tugasan sebagai Hakim Isi Pertandingan Syarahan Agama Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan. Kali ini PPD Bachok menjadi tuan rumah MTQFNPN.

Namun, begitulah takdir-Nya, kereta pula buat hal sesampai di simpang tiga Pauh 5. Kereta terpaksa di tinggalkan di laman sebuah rumah. Mujur tuan punya menawar diri memgang kunci bagi menyelenggara kerosakkan.

Ustaz Mad, Penyelia Pendidikan Islam PPD Pasir Mas datang mengambil. Telefon berdering menyahut panggilan dari staf Sektor Pendidikan Islam JPN. Terima kasih Ustaz Anuar, Ustaz Rashidi, Ustaz Ghazali dan Ustz Khairiah yang prihatin.

Tidak sama di bahagian Nasyid dan MTQ, pikul amanah di bahagian Syarahan, cukup memenatkan. Bukan fizikal tapi minda begitu terdera untuk menelaah setiap butir bicara para pemidato yang berjumlah 20 orang dari seluruh PPD.

Usai majlis, Ustaz Rashidi ( Pengarah Dakwah SPI) melulu sambil menyimpul senyum,

"Ki... nanti kena ke Perak hujung Mei!"
" Apa hal pulak Ustaz?"
" Nanti kena pikul amanah lebih berat, jadi hakim syarahan peringkat Kebangsaan!"

Waduh!, bagai ada beban berat menerjah ke dahi. Sementara keputusan pertandingan diumumkan, ramai teman-teman Pegawai j-Qaf di ppD Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang menyuntik semangat. jangan tolak, kata mereka. Bukannya peluang nak cari glamour, tapi inilah ruang keemasan mengutip disiplin ilmu dalam bidang ini. Aduh!, terkesima lagi!!!!!

Bila ingatkan nostalgia di Tingkatan 6 dulu, dimana aku pernah dinobatkan pemidato terbaik YIK dalam pertandingan Bahas Akhir Sekolah Agama Kelantan, berat pula rasanya untuk kutolak.

****lepas Keputusan, tercuit dan geli hati melihat gelagat cikgu-cikgu sekolah yang ambil bahagian dalam nasyid, ada yang merah mata (berendam air mata), menjadi pemenung (terkilan) dan pengkritik kerana sekolah itu dan ini patut menang dan kalah!!!.

No comments: