Wednesday, May 25, 2011




KEMBALI BERENTRI

SUDAH agak lama blog ini tidak dientri sebarangan anekdot. Dalam situasi dikejar dan mengejar masa, sedikit catatan kecil selalunya saya paparkan pada MUKA BUKU sahaja.

Namun, apabila melihat sajak terkini saya disiarkan sebuah akhbar bertulisan jawi (sisipan sebuah media harian), dalam rasa teruja ingin saya memorikan sajak khas Hari Guru bertulisan jawi ini di kamar blog kesayangan saya ini.

Biarpun menulis dan membaca jawi sudah menjadi rutinan tugasan saya seharian, namun sesekali karya muncul bertulisan jawi ini, saya merasakan betapa tulisan warisan berzaman ini perlu sentiasa diangkasakan serta dimartabatkan tanpa mengira situasi dimensi.

4 comments:

maharam said...

Assalamualaikum,
Tahniah!

WAN MARZUKI said...

Waalaikumusalam, terima kasih. Maharam lebih hebat berbanding saya...

Rusmini said...

assalamualaikum....apa khabar? kalau keluar bandar gm jemputlah datang rumah.

WAN MARZUKI said...

Rus & Man,
Terima kasih atas pelawaan. Rasanya malas nak kenal GM lama-lama, habis kontrak hujung thn ni nak balik P Mas