Monday, October 26, 2009



Aduhai MPTAA!

Foto ini telah lama tersimpan dalam album lama milik saya.
Nostalgia pantas menggamit jiwaraga setiap kali menyusuri jalan sepanjang pekan Kuala Lipis yang berbukit apabila sesekali turun ke ibukota.

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang gah berdiri di atas perbukitan yang menghijau di sekitarnya.

Namun, bukan di perbukitan tersebut saya dan rakan-rakan ambilan 1994-96 didewasakan sebagai guru pelatih. Tinggal kenangan. Kampus asal di Semambu, Kuantan kini sudah pun diambil alih Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) sejak lebih empat tahun lalu.

Apa khabar Izan, Rozuari, Marona, Zahar, Rohadi, Zulkarnain, Kak Midah, Salihatun, Kak Yong dan ramai lagi teman-teman sekuliah Pengajian Islam?? Di mana kini kalian menabur budi dan bakti? Kecuali Jalil (kini mak andam), Isoura, Zahir, Ali dan Azhar Jebeng yang masih belum putus tali berhubung. Ada waktu sms dan blog ini menjadi medium pelerai rindu hidup sekampus selama 6 semester.

Hanya BUDI AFZAN- buah tangan Biro Penerbitan yang didokongi saya dan Isoura menjadi penawar tatkala rindu menggigit minda!
Wahai semua teman, mari kita alunkan lagu tema MPTAA yang pernah membakar kemarahan kita (kerana tersalah sebut sukukata dan irama sebenar) sewaktu Minggu Silaturrahim – Julai 1994!!
Dari bumi Pahang Darulmakmur
kami penuntut berikrar
mendidik membimbing penuh usaha
membina negara jaya
tetap mengamal Rukunegara
agar hidup kita bahagia
bersatu pasti akan berjaya
untuk nusa juga bangsa
dengan semangat waja
kami terus berjuang
rela kami berkorban
itu sumpah tercipta
berilmu tinggi penuh di dada
berakhlak mulia sempurna
beramal bakti hidup berjasa
MPTAA berjaya...

1 comment:

m rodz said...

salam marzuki..aku rozuari dari muadzam shah ...aku terjumpa blog ini secara tidak sengaja.. ok jugak dapat berita dari rakan-rakan
ramai kawan-kawan hilang entah kemana... sejak balik dari sabah... yang aku tahu Rohadi kat Lipis dan Marona ada kat jerantut yang lain tak tahu entah kemana...

emel bnipis@gmail.com
Tq