Tuesday, May 5, 2009

SOUTU RAUDHAH SMK(A) LATI UTUH DAN BERTAHAN!

Seusai tamat masa pertama di Tahun 6B, memandu ke SMK Baroh Pial, mengejar jam 10.30. Temujanji mengemudi Festival Nasyid Karnival PPDa PPD Pasir Mas 2009.


Dari 8 buah sekolah yang bersetuju menyertai festival kali ini, hanya 5 buah yang hadir. Barangkali kerana kesuntukkan untuk latihan, tiada saingan sengit dari 5 kumpulan nasyid yang mengambil bahagian. Persembahan dari SMK Teknik dan SMK SIS agak berpotensi.


Namun, sebagaimana dijangka Soutu Raudhah dari SMK(A) Lati tetap utuh dan bertahan apabila muncul juara, walaupun mempertaruhkan anggota pelapis yang belum banyak pendedahan.


Tahniah untuk Mr. Nasir yang mapan dan berkaliber dan Cikgu Hamdah yang begitu kuat membina sokongan dan dokongan untuk Soutu Raudhah.


1 comment:

zanazanzaly said...

Salam ziarah setalam ukhwwah buat al-fadhil ustaz. Saya baru tahu kewujudan taman maya yang indah ini. Pada pangkal pagi, saya gembira sekali mengejar rama-rama peri yang hinggap pada puspa prosa dan puisi.

Oh ya, terima kasih sekali lagi kerana sudi menyapa saya di alam maya.