BERTAMBAH lagi umat Muhammad. Bertambah meriah jualah situasi dalam famili saya yang bakal dipenuhi rencahrasa hidup yang bervariasi. Bukan saja kelahiran permata hati untuk kesekian kalinya ini bakal merubah waktu makan, waktu tidur, waktu bersiap siaga setiap awal pagi, malah waktu beristirehat saya sefamili juga bakal beradun dengan segmen yang pelbagai.
Semuanya harus diatur dan disusun sebaik-baiknya. Kalau boleh tiada khilaf yang mencelah. Saya begitu teruja untuk meneruskan sisa-sisa usia yang berbaki untuk melangsaikan amanah dan tanggungjawab berkeluarga sebagaimana tuntutan syariat.
Moga-moga bukan saja semua permata hati saya dipilih bersemayam di tahkta syurgawi, malah saya dan zaujah akan terus tenang dan damai untuk sebuah pengabdian di pinggir ukhrawi.

sekuntum pada telingamu
agar matamu yang hitam itu semakin bercahaya
Bunga-bunga liar di rumputan
padang terbuka
mungkin tak sewangi geriap rambutmu
pada angin
menyentuh wajahku.
6 comments:
tahniah utk marzuki atas kurniaan Allah yang terbaharu. Klau bleh nk tgok gak gambar cahaya mata yg lain-lain tu. ibu cahaya mata pn nk tgok. bleh?
Terima Kasih. Nanti saya posting kemudian. Anak-anak dan isteri saya sebenarnya low profile.
Tuan Marzuki, bagaimana dengan bahan yang dimaksudkan oleh tuan semasa perbualan kita tempoh hari?
Sdr Ruslan,
Terima kasih berziarah ke blog saya. Saya langsaikan kemudian.
Saya nampak ada secebis kain atau tisu putih atas dahi bayi. Saya selalu tampal kain putih pada dada anak saudara untuk hilangkan sedu.
Tahniah, ayahanda kepada putera.
Secebis tisu penawar sedu, seraut kasih pengubat sendu...
Saya doakan sdr pula menjadi bonda!
Post a Comment