MERAFAK CINTA
Satu waktu di perdu senja
Telah aku temui sepohon tamsil cinta
Tegak utuh di batas berkat
Subur membugar di ladang munajat
Akarnya menjalar ke liang nurani
Mencengkam kudrat di tanah diri
Batangnya mampat mendekap jasad
Melindung jiwa berbumbung firasat
Rantingnya memaut dahan fitrah
Mengikat akal diragut gundah
Daunnya menghadang pesona nafsu
Terhijab naluri dilindung malu
Buahnya meranum setia dan taat
Manisnya mengalir ke ujung makrifat.
Dataran Air Muleh, 6.30 petang, Januari 19.
8 comments:
sedap sajak tu. w.marzuki ttp maintain...
Terima kasih. Izani Zakaria tetap gah dalam bidang pendidikan, penyiaran dan penulisan....
Kurang faham la ustaz, walaupun spm saya aliran sastera tapi saya failed subjek tu... Tapi seronok gak baca..
Kena jamah dengan indera setiap aksara dan diksi pada setiap bait. Mamah personafikasinya, ada makna yang boleh ditelan....
vavava.. indahnya puisimu. dan indahnya tempat itu. rindu, terlalu rindu untuk ke sana. saya sering bersendirian di tepi sungai atau di menaranya (walaupun rendah saja) untuk menikmati keindahan panorama. tuan telah buatkan saya rindu pasir mas.
Terima kasih. Saya tahu awak selalu bersendirian berkunjung di Dataran Air Muleh. Di Putrajaya sudah tidak begitu kan?
Wan Marzuki,
Ke mana sahaja, saya lebih suka bersendiri, untuk mudah mengenal diri.
Post a Comment